Tuesday, June 15, 2010

PANDUAN KEPADA IBU YANG BERKERJAYA

Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur

Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh

Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

Credit to: Taman2 Syurga (forum)

ORANG IKHLAS TERTINDAS?

Salam,

Terima satu email yg baik utk dikongsi bersama.
Wassalam.

---------- Forwarded message ----------


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” 
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” 
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” 
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan. 
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” 
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Tuesday, June 1, 2010

Bantuan Untuk Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman (Manjoi Perak)

Salam, dipanjangkan utk bantuan daripada saudara-saudari.

Forward dr. email yg diterima.
wassalam

Assalamualaikum w.b.t

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi
dirinya sendiri."
Riwayat Bukhari dan Muslim



Pada jam 12:40 Pagi bertarikh 01/03/2010, Allah S.W.T telah menguji penghuni Pusat Jagaan Anak Anak Yatim
Dan Miskin Nurul Iman dengan ujian Musibah Kebakaran

Bersyukur juga kerana tiada kemalangan jiwa berlaku serta tiada sebarang kecerderaan. Bangunan yang terbakar,
adalah sebuah bangunan setingkat dua pintu yang menempatkan bilik sembayang, stor pakaian anak anak yatim,
stor makanan beku, ruang cucian, dan dua bilik pekerja. Jumlah kerugian adalah dianggakan Ringgit Malaysia Empat
Puluh Ribu ( RM40,000.00) bagi barangan yg musnah dan Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu ( RM 30,000.00 ) bagi
anggaran bangunan. 100% bangunan dan barangan yang dilanda kerbakaran musnah total. Barangan adalah seperti berikut:

Dalam Surau

1) 40 Buah Al-Quran
2) 40 Buah Muqadam
3) Lebih 100 Yassin
4) 4 Buah Mushaf Tajwid
5) 20 Buku IQRA' Jilid 1-6
6) 30 Papan Rehal
7) 1 set PA sistem
8) 1 unit LCD projetor
9) 1 unit projetor skrin
10) 40 helai sejadah
11) 2 unit kipas
12) 1 bidang karpet 16X20 kp
13) 1 buah rak buku


Dalam Stor/Simpinan Pakaian/Bilik Cucian

14) 60 pasang baju pelbagai jenis ( Baju Raya )
15) 38 pasang Baju Melayu ( Baju Raya / Baju sembayang)
16) 32 pasang baju melayu ( keramaian )
17) 32 pasang sut sukan
18) 32 pasang baju riadah
19) 32 pasang baju lawatan
20) 19 songkok
21) 24 pasang baju sekolah kanak-kanak bawah 12 tahun
22) 24 pasang kasut sekolah
23) Lebih 200 buah buku rujukan dan kamus termasuk yang sedang digunakan disekolah
24) 3 kotak pelbagai jenis alat tulis
25) Lebih 100 buah buku latihan sekolah rendah dan menengah
26) Lebih 60 helai tuala untuk tukar ganti
28) Lebih 48 helai cadar dan sarung bantal untuk tukar ganti
29) Lebih 48 Helai selimut untuk tukar ganti
30) Pelbagai jenis ubat dan vitamin bernilai RM1500
31) 20 Helai Telekong
32) Lebih 50 Helai Kain Pelekat
33) 1 kotak kotex
34) Pelbagai Tudung dan kain telekong
35) 2 Mesin Jahit
36) 1 Mesin Jahit Tepi
37) 2 Buah Komputer
38) 1 Buah Peti sejuk 120L
39) 2 Buah Freezer 200L
40) 2 Buah Mesin Basuh ( 5KG & 8KG )
41) 2 Unit Strika
42) 2 Unit Rak Buku
43) 4 Buah Almari Baju
44) 2 Unit Kipas
45) 1 Kuali Alluminium 42"
46) 1 Periuk Alluminium 48"
47) 2 Periuk Alluminium 24"
48) 12 set ( hidangan ) pingan mangkuk
49) 2 Papan karum
50) Pelbagai jenis indoor game
51) 2 unit dapur mudah alih
52) termasuk juga keseluruhan baju haria kanak-kanak bawah 12 tahun
53) termasuk 1 unit khemah
54) termasuk 1 unit kipas syiling
55) termasuk 1 unit ampaian mudah alih 12feet
56) termasuk semua kasut sukan dan kasut raya kanak-kanak bawah 12 tahun
57) termasuk bekalan ayam dan daging bernila lebih RM 2000
58) termasuk bekalan buah-bauhan untuk stok 2 minggu bernilai RM 240

Berikut adalah gambar-gambar kemusnahan.. ..




Di atas hanya sebahagian gambar-gambar yang dapat diambil dan dikenalpasti, hampir 90% barangan yang
terbakar sudah tidak dapat dikenal pasti. Cuba tuan/Puan banyangkan bmbung zink di bahagian stor telah mencair
semasa kebakaran berlaku dan dinding batu pembahagi antara stor dan surau juga pecah dan roboh ( bayangan
haba yang memusnakkan peralatan).

”Sesungguhnya hamba itu apabila dia bersedekah daripada hartanya yang baik, Allah akan menerimanya.
Dia akan mengambilnya dengan tangan kananNya, Dia akan memelihara anak kuda atau anak untanya,
sesungguhnya seorang yang bersedekah sesuap makanan dia akan membesar di tangan Allah (atau) di
tapak tangan Allah hingga sebesar bukit, oleh itu hendaklah kmu bersedekah.”

(Hadis riwayat Ahmad)

“Bukanlah perkara kebajikan itu kamu mengadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu
ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari Akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan
sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya-sedang dia menyayanginya, - kepada kaum
kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan
kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekkan hamba-hamba abdi.”

(Surah Al-Baqarah:177)


Sehubungan itu bagi memulihkan keadaan pihak pengurusan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul
Iman amat mengharapkan bantuan segera bagi tujuan Pembinaan semula Bilik Sembayang , pakaian harian kanak-
kanak, alat tulis dan peralatan2 lain yang telah disenaraikan dihadapan.

Bantuan boleh dihulurkan dengan cara terus membli dan menghantar barangan ke Pusat Jagaan Anak Anak
Yatim Dan Miskin Nurul Iman atau deposit ke akaun
Nama Akaun : Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman
Nombor Akaun : 5082 2521 5570
Nama Bank : Maybank
atau
Dengan cara menghantar cek atas nama Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul, ke alamat Plot
359, Lorong Dato, Off Jalan Dato, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh, Perak.

SILA HUBUNGI EN, KHAIRUL ANUAR BIN MOHMAD RAZI HP 0165460071


( PERHATIAN : TIADA EJEN DILANTIK UNTUK TUJUAN INI )



Sekali lagi, adalah amat diharapkan supaya bantuan segera dapat disalurkan kepada kami.


Dan kepada sesiapa yang tidak dapat menghulurkan bantuan, cukuplah sekadar
mendoakan kami serta menghebahkan berita ini.



SEKIAN ," BERSAMA BERAMAL"